Jumaat, 10 Jun 2016

Laporan polis berhubung jual beli maklumat peribadi

MALAYSIAKINI


Sekumpulan ahli PAS Cawangan Kampung Beringin Kota, Salor dalam kawasan Kubang Kerian membuat laporan polis berhubung pendedahan wujudnya jual beli maklumat peribadi kira-kira 900,000 individu untuk digunakan bagi Deklarasi Mahathir.

Zainal Abidin Deraman, yang mendakwa mewakili lebih 100 orang anggota PAS dari cawangan tersebut, berkata beliau membuat laporan polis kerana bimbang ia dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan individu tertentu.

"Kami harap pihak polis seperti Unit Forensik diminta supaya menjalankan siasatan rapi ke atas tandatangan terbabit dan membuat pengesahan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Baharom Abu ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut.- Bernama


Tiada ulasan: