Selasa, 21 Jun 2016

Kami beri RM12 juta kepada polis, ulang keluarga mangsa

MALAYSIAKINI


Keluarga empat bekas tebusan Abu Sayyaf menegaskan bahawa mereka memberikan RM12 juta kepada pihak polis untuk tujuan bayaran tebusan.

Penegasan tersebut muncul selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan polis telah menerima wang tebusan berkenaan.

"Saya masih kekalkan apa yang saya telah katakan sebelum ini yang RM12 juta telah dihantar ke Sandakan melalui bank.

"Jika orang ramai ada sebarang keraguan, mereka boleh tanya Hong Leong Bank," kata Lau Cheng Kiong yang merupakan jurucakap keluarga tersebut, memetik laporan oleh The Borneo Post.

Lau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu setelah keluarga mahu melupakan hal tersebut dan meneruskan kehidupan mereka.

Lau merupakan bapa saudara kepada bekas tebusan bernama Johnny Lau. Mangsa yang lain ialah Wong Teck Kang, Wong Teck Chii dan Wong Hung Shin.

Tiada ulasan: