Khamis, 30 Jun 2016

Hasil Selangor RM1.65 bilion tempoh lima bulan

OLEH: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Prestasi kutipan hasil Selangor bagi tempoh lima bulan dua minggu mencatatkan RM 1.65 bilion.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pencapaian itu bersamaan 73 peratus daripada RM2.25 bilion yang diunjurkan dalam Belanjawan 2016.

Selangor maju


Katanya, ia seterusnya menyumbang kepada peningkatan rizab negeri mencapai RM4 bilion, berbanding RM3.23 bilion pada 31 Disember 2015.

“Setakat 16 Jun 2016, perbelanjaan mengurus juga mencatatkan 43.7 peratus manakala perbelanjaan pembangunan pula 28.3 peratus,” katanya di hadapan lebih 1,000 penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Rapat Ramadan Bersama Perkhidmatan Awam Selangor di SUK hari ini.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri akan terus memantau pelaksanaan perbelanjaan secara berhemah dan telus.

“Manakala, pelaksanaan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual dan menjamin kualiti demi kesejahteraan rakyat,” katanya.EZY


Tiada ulasan: