Sabtu, 25 Jun 2016

Hampir 1,000 hadir majis pengkebumian Bill Kayong

OLEH : NAZLI IBRAHIM


MIRI: Allahyarham Bill Kayong atau nama Islamnya Mohamad Hasbi Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lambir di Jalan Lusut, Kampung Tunku Abdul Rahman kira-kira jam 3.00 petang semalam seperti mana permintaan keluarganya.

Upacara pengkebumian itu dihadiri hampir 1,000 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai Allahyarham sehingga menyebabkan keadaan jalan di situ menjadi sesak dengan deretan kereta yang diletakkan di bahu-bahu jalan.

20160624_152442Walaupun keadaan cuaca agak panas terik, orang ramai terus berpusu-pusu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Upacara itu turut dihadiri beberapa pemimpin parti politik seperti Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan ramai lagi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham di bawa mengeliling bandar Miri sambil diiringi kumpulan bermotorsikal berkuasa besar oleh ahli kumpulan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang dianggotainya dan anggota polis trafik.

Allahyarham yang juga Setiausaha KEADILAN Cabang Miri ditemui mati ditembak di Miri, pada 21 Jun lalu.

20160624_145713Beliau yang turut memimpin pelbagai NGO lain ditembak di lampu trafik berhampiran pusat membeli belah E-mart di Jalan Permyjaya-Kuala Baram di Senadin, Miri.EZY

Tiada ulasan: