Jumaat, 3 Jun 2016

Hamidah: Laluan BN di K.Kangsar sukar

Datuk Hamidah Osman
Datuk Hamidah Osman


IPOH - BN dijangka berdepan kesukaran untuk memenangi PRK Parlimen Kuala Kangsar kerana kegagalan memilih calon yang sesuai.

Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman berkata, perkara itu jelas kerana pergerakan dan penglibatan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang terbatas sepanjang kempen berlangsung.

“Kalau kita keluar (berkempen) pun orang susah nak bagi undi inikan pula kalau keadaan sebaliknya. Bagi saya, walaupun kita berada dalam dunia teknologi yang serba canggih namun, setiap calon wajib turun padang bertemu, bersua muka dengan rakyat. Jelaskan visi dan misi yang ingin dibawa,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Mastura selaku calon juga menimbulkan tanda tanya bukan hanya kepada dirinya bahkan banyak pihak termasuk ahli BN sendiri.

“Saya sendiri pun memang tak faham apa kriteria-kriteria yang menyebabkan beliau dipilih oleh BN untuk bertanding sedangkan kita tahu kedudukannya,” katanya.

Ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau bertanding di PRK tersebut sebagai calon bebas, Hamidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno Gopeng enggan mengulas lanjut.

Katanya, sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam senario politik negara pada ketika ini.

Tiada ulasan: