Rabu, 1 Jun 2016

Dewan muslimat PAS lulus usul kaji semula tahaluf siyasi dengan PKR

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Dewan Muslimat PAS menerima usul mendesak parti Islam itu mengkaji semula hubungan tahaluf siyasi dengan PKR terutama pada pilihan raya umum akan datang.
 
Usul yang dikemukakan Dewan Muslimat PAS Kedah pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-56 itu diterima tanpa bahas dan akan diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.
 
Usul berkenaan antara lain menyebut PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS dengan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang kerap melemparkan pelbagai dakwaan terhadap PAS.
 
“Bermula dengan Langkah Kajang sehingga konspirasi menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati manakala kesucian pakatan pembangkang dicemari perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS sendiri.
 
“Walaupun masih ada pemimpin PKR yang menghormati pendirian dan pandangan PAS, namun rentetan daripada isu sebelumnya, PKR dilihat lebih selesa mengambil keputusan tanpa berbincang dengan PAS,” tegasnya dipetik Berita Harian.
 
 

Tiada ulasan: