Jumaat, 10 Jun 2016

Azhar bukan boneka DAP


PRK Sungai Besar
PRK Sungai Besar
 
 
SHAH ALAM - Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Anuar Tahir menyangkal dakwaan bahawa calon Amanah di PRK Sungai Besar, Azhar Abdul Shukor sebagai boneka DAP.

“Hanya kerana beliau berkempen di kawasan majoriti Cina dengan pemimpin DAP, dikatakan sebagai boneka DAP. Ini dakwaan bersifat perkauman dan rasis. Sampai bila perkara ini perlu dipermainkan setiap kali pilihan raya?,” soalnya.

Menurutnya, tuduhan terbabit tidak berasas sama sekali memandangkan kempen bersemuka yang dilakukan calon di majoriti di kawasan Cina.

“Fikirlah logik, jangan sesekali mudah membuat tuduhan melulu.

"Sudah tentu apabila beliau berkempen, soal bahasa menjadi kekangan dalam mendekati pengundi terutama pengundi Cina.

“Jangan kerana berkempen di kawasan Cina bersama-sama dengan pemimpin DAP dikatakan boneka DAP, hujah ini terlalu enteng,” ujarnya mengulas laporan media terhadap kempen yang dilakukan calon Amanah bersama pemimpin DAP yang dilihat sebagai boneka DAP.

Dalam pada itu, Anuar memberitahu sokongan pengundi terhadap Amanah tidak terjejas sama sekali apabila dikaitkan dengan isu papan tanda perkauman yang dipasang oleh DAP.

“Soal itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan terhadap Amanah, malah sokongan terhadap kami semakin bertambah,” katanya.


Tiada ulasan: