Rabu, 4 Mei 2016

Tiga Warga Asing, Seorang Tempatan Hilang Di Kudat

Oleh: STEPHANIE LEE
 
 
 
 
KOTA KINABALU: Empat orang dilaporkan hilang ketika menaiki bot dari Pulau Balambangan di Banggi ke Tanjung Simpang Mengayau, pada Isnin.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin telah menghantar enam buah kapal untuk mencari bot yang membawa dua warganegara Sepanyol, seorang warga China dan seorang warganegara Malaysia.

Helikopter APMM dijangka menyertai pencarian ini pada  Rabu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, kemungkinan bot yang membawa empat penumpang itu hanyut selepas mengalami kerosakan enjin.

Mohd Zubir berkata, tidak ada sebarang petunjuk mereka diculik.

Jelasnya, empat mangsa yang dilaporkan hilang itu dikenali David Hernades Gasulla dan Martha Miguel dari Sepanyol serta Lam Wai Yin (China).

Manakala rakyat tempatan dikenali Cik Ella.

Bot mereka meninggalkan Pulau Balambangan pada kira-kira pukul 6 petang Isnin dan dijangka tiba di Tanjung Simpang Mengayau dua jam kemudian.

Tiada ulasan: