Sabtu, 14 Mei 2016

Seleweng peruntukan, DAP pecat ADUN Teluk Datuk

ANTARAPOS.COM


Post Pic
KUALA LUMPUR: DAP bertindak memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng daripada parti itu atas kesalahan menyeleweng peruntukan kerajaan negeri bagi kawasan DUN tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi pendengaran hari ini yang turut memanggil Loh bagi membela diri.
Beliau berkata Jawatankuasa Disiplin sebelum ini telah meminta Jawatankuasa DAP Selangor untuk membuat siasatan dalaman, selepas menerima laporan berhubung perkara itu Mac lalu.
Katanya lagi, siasatan itu mendapati laporan tersebut berasas dan terdapat bukti Loh telah melakukan salahlaku.
“Selepas sesi pendengaran hari ini, Jawatankuasa Disiplin memutuskan ada bukti salahlaku yang serius oleh Loh, justeru sebulat suara memutuskan untuk membatalkan keahliannya secara serta-merta.
“DAP tidak boleh bertolak ansur dengan perkara ini. Salahlaku seumpama ini melanggari keyakinan awam yang diletakkan kepada wakil rakyat. Jawatankuasa Disiplin kesal dengan tindakan Loh yang telah mencemarkan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan kepada semua ADUN parti itu agar tidak sesekali mengulangi kesalahan Loh.

Tiada ulasan: