shahbudindotcom
Dalam
usaha mempertahankan Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan
pendedahan terbaru WSJ yang mengatakan pembelian hartanah di London
milik penerbit filem itu yang didakwa sedang disiasat FBI, Salleh Said
Keruak membidas akhbar perniagaan itu kerana tidak berani mendedahkan
sumber berita yang diperolehinya.
Katanya,
tindakan WSJ tidak mendedahkan nama sumber itu bukan saja cara
pengecut, malah bertujuan untuk mengelak daripada diambil tindakan
saman.
Selain
mendakwa laporan WSJ hanya ditulis berdasarkan khabar angin dan
merupakan pembohongan bermotifkan politik yang diterima tanpa mendapat
pengesahan sewajarnya, Salleh turut berkata, "kami tahu mereka tidak
akan menyatakan nama sumbernya kerana mereka memang tidak dapat
menyatakannya."
Najib tak nafi, Riza berdiam diri, sebaliknya hanya Salleh yang kita dengar suaranya berbunyi.
Kenapalah
Salleh bersusah payah membidas WSJ dengan andaian syok sendiri yang
direka-reka semata-mata untuk membela dan mempertahankan Najib serta
keluarraganya.
Jika
benar-benar ingin mengetahui sumber berita WSJ itu, langkah pertama
yang harus diambil Salleh ialah memujuk Najib atau Riza Aziz mengambil
tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.
Kiranya
gagal dipujuk, Salleh seharusnya memaksa Najib serta Riza dengan sedaya
upayanya untuk menyaman juga WSJ, walau dengan apa cara sekali pun.
Dalam
dunia kewartawanan, memang ada ketikanya sumber pemberitaan tidak dapat
didedahkan atas sebab-sebab tertentu seperti kerahsiaan, keselamatan
dan sebagainya.
Tetapi,
sebagai akhbar berprestij di dunia dan sudah lama bertapak di dunia
dengan pelbagai anugerah kewartawanan yang dimenangi, kebarangkalian
untuk WSJ menulis sesuatu berita semata-mata berdasarkan sumber palsu
atau tidak sahih adalah tipis sekali.
Biasanya,
hanya setelah yakin dengan sumber berita atau sekurang-kurangnya
diberikan salinan atau melihat fakta sesuatu itu, barulah mereka menulis
dan melaporkannya.
Bagaimanapun,
jika sesuatu kes dibawa ke mahkamah, Najib dan Riza antara lain boleh
mendapatkan perintah agar WSj memberitahu sumber maklumat yang
diperolehinya jika benar-benar yakin dakwaan yang dibuat terhadapnya itu
adalah palsu, tidak benar dan rekaan.
Soalnya, apakah dakwaan WSJ terhadap anak tiri Najib itu sesuatu yang tidak benar dan palsu?
Nafikan
perkara itu dahulu, kemudian saman WSJ dan dengan pasukan peguambela
terhebat yang mampu membelanya berikutan mempunyai dana berupa derma
RM2,600 juta yang pernah ada dalam akaun peribadinya dan penderma juga
dikatakan menulis dalam suratnya bahawa wang itu boleh digunakan untuk
apa saja, Najib sebenarnya tidak masalah untuk membersihkan namanya jika
beliau dan keluarganya sepenuhnya yakin mereka tidak bersalah dan hanya
difitnah.
Kalau
empunya badan bukan saja tidak berani menyaman, malah membuka mulut
menafikannya tidak kedengaran, maka siapa mahu mempercayai kata-kata
syok sendiri Salleh bahawa laporan WSJ adalah fitnah, bermotifkan
politik dan hanya berdasarkan khabar angin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan