Rabu, 25 Mei 2016

Rumah Safiq Rahim dipecah perompak

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rumah pemain bola sepak pasukan JDT, Safiq Rahim di Kota Puteri, Batu Arang, di sini, dipecah masuk penjenayah petang semalam.
 
Bapa kepada kapten JDT itu, Rahim Mohd Yatim berkata kejadian itu hanya disedari selepas seorang jiran Safiq menghubunginya kerana curiga pintu depan kediaman anaknya terbuka pada kira-kira jam 6.15 petang.
 
Susulan panggilan telefon itu, Rahim yang menetap di Bestari Jaya di sini pergi ke Kota Puteri dan mendapati kediaman anaknya dalam keadaan berselerak.
 
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata ada kesan umpil pada tingkap dan tiga bilik di kediaman dua tingkat itu.
 
“Setakat ini polis belum mengenal pasti jumlah kerugian mangsa,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.
 
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan pecah rumah dan mencuri.
 
 

Tiada ulasan: