Sabtu, 21 Mei 2016

Reman lelaki miliki pistol pandu kenderaan Safee dilanjutkan seminggu

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Tempoh tahanan reman seorang pemilik kedai aksesori kenderaan yang ditahan ekoran penemuan sepucuk pistol dalam trak pikap Ford Ranger milik penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali yang dipandunya dilanjutkan hingga 28 Mei ini.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tempoh reman itu dilanjutkan selama seminggu lagi setelah berakhir hari ini bagi memberikan lebih masa siasatan terhadap kes berkenaan.
 
Pada 15 Mei lalu, pihak polis menemukan sepucuk pistol dan 30 butir peluru dalam kenderaan milik Safee semasa sekatan jalan raya di susur keluar Kempas, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini.
 
Walau bagaimanapun semasa ditahan, kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga pemilik kedai aksesori kenderaan.
 
Difahamkan, sebelum itu Safee menghantar kenderaan tersebut ke kedai suspek untuk diubah suai dan dijadualkan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lalu.
 
 

Tiada ulasan: