Ahad, 15 Mei 2016

Pas Terengganu tolak pelawaan PH, yakin tumbangkan BN sendirian

 MALAYSIA DATELINE


Dun TerengganuDun Terengganu


Pas Terengganu menolak pelawaan DAP, PKR dan Amanah bagi menyertai Pakatan Harapan (PH) di negeri ini, lapor Harakahdaily.

Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat menolak pelawaan terbuka PH itu kerana beranggapan tiada keperluan berbuat demikian.

Malah, katanya Pas lebih relevan bertanding menentang Umno dan kerajaan BN di negeri ini berdasarkan beberapa faktor.

"Dalam konteks negeri Terengganu ini hanya Pas yang lebih relevan untuk bertanding melawan Umno dan BN di Terengganuberdasarkan beberapa faktor, antaranya jentera yang kukuh untuk melakukan gerak kerja ke arah kemenangan parti dan kelebihan itu tidak ada pada parti pembangkang lain.

Sebelum ini, PKR umum tanding 32 kerusi Dun (Terengganu). Bagi Pas. kita ada kekuatan sendiri berdasarkan rekod-rekod yang lalu.

Kita akan menggerakkan persiapan untuk hadapi pilihan raya (PRU 14) di 32 Dun dan lapan parlimen," tegasnya sebagai respons kepada pelawaan ketiga-tiga parti itu mengajak Pas menyertai PH di negeri ini bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRU14.

Beliau yang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkata Pas mempunyai kekuatan jentera parti di Kelantan dan Kedah.

Justeru, katanya sebarang kerjasama berhubung pembahagian kerusi tidak timbul kerana Pas tidak terlibat dalam perjanjian bertulis dengan PH di negeri ini.

Menurutnya, Pas kini perlu berhati-hati jika mahu mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti.
Pas apabila berjanji kita setia. Di Sarawak, ia bermula dengan DAP yang ada kuasa 'autonomi' untuk singkir Pas Sarawak (dalam Pakatan Rakyat).

Masa dalam Barisan Alternatif (BA), DAP keluar, kemudian masuk balik, kemudian keluar. Ini menunjukkan DAP bukan rakan setia.

"Mungkin dia (DAP) tengok isyarat daripada masyarakat Cina Sarawak yang tidak menyebelahi dia. Kalau sikap DAP berterusan, tidak mustahil mereka akan hilang kuasa di Pualau Pinang," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai kemungkinan tiga penjuru yang mahu dielakkan PH sebagaimana berlaku dalam PRN Sarawak yang hanya melemahkan kedudukan pembangkang, beliau seolah-olah tidak bimbang dengan perkara itu.

Kata beliau, pertandingan yiga penjuru boleh dielakkan sekiranya masing-masing menilai kekuatan parti sendiri.

Realitinya, ujar beliau DAP dan Amanah tiada kekuatan dan tiada keperluan bertanding di negeri ini.

Bagi kita (Pas) Terengganu, sudah biasa berhadapan tiga penjuru khususnya penyertaan calon bebas dan beberapa kawasan masih berpotensi dimenangi Pas walaupun tiga penjuru itu berlaku," katanya lagi.

Menurutnyam PKR DAP dan Amanah sepatutnya berbincang sesama sendiri jika benar-benar mahu menumbangkan Umno BN.

Tiada ulasan: