Ahli
Jawatakuasa Amanah Perak, Muhaimin Sulam berpendapat parti-parti
pembangkang perlu realistik untuk mengalahkan Barisan Nasional dalam
menghadapai pilihan raya kecil akibat nahas helikopter di Sarawak
baru-baru ini dengan memberi peluang kepada Pas dan Amanah bertanding.
Untuk tujuan itu beliau mencadangkan Pas bertanding di Kuala Kangsar dan memberikan laluan kepada Amanah di Sungai Besar.
"Aku
fikir, Amanah Perak perlu buat pengorbanan untuk bagi laluan Pas
bertanding di Kuala Kangsar. Biar Pas Perak lawan BN sampai menang.
"Bukan
BN menang. Aku boleh cakap begini bukan sebab aku ni pimpinan Amanah
tetapi aku cakap dari segi rasionalnya," katanya dalam satu status
fecebook miliknya.
Kata Muhaimin, "Mungkin Amanah Perak atau Nasional tidak setuju. Sebagai orang yang ditarbiyah, aku akur sebarang keputusan.
"Satu
lagi aku cadangkan agar Pas juga beri laluan untuk Amanah Selangor
bertanding di Sungai Besar. Itu bukan syarat, sekadar cadangan sepuloh
sen dari aku," kata Muhaimin yang menulis buku tentang perpecahan dalam
Pas melalui perspektif seni melalui buku "Pembunuhan di tanah
perkebunan."
Dalam
perkembangan berkaitan, serangan yang cuba dibuat oleh ketua penerangan
PAS Nasrudin Hassan kepada yang sesetengah pihak yang terlalu cepat
bercakap soal pilihan raya selepas jatuhnya helikopter di Sarawak kini
termakan diri sendiri apabila pemimpin PAS dilihat lebih galak bercakap
soal pilihan raya kecil ini.
Pihak
yang pertama dikesan membuat kenyataan PAS sedia bertanding di
kedua-dua kerusi Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah Pengarah Pilihan
Raya PAS sendiri, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa
berkata demikian pada Ijtimak Pilihan Raya Pas Pahang 8 Mei lepas iaitu
tiga hari selepas helikopter yang membawa kedua-dua ahli parlimen
kawasan berkenaan dilaporkan hilang.
Pada
6 Mei, Nasrudin seolah-olah menempelak sesetengah pihak yang tidak
melahirkan rasa simpati kepada keluarga kedua-dua mangsa.
Dalam
tulisan di facebooknya, Nasrudin menulis, "Apabila kita mendengar
berita yang tidak diingini seperti berita helikopter hilang, selayaknya
kita sebagai manusia yang berakhlak dan beragama segera mendoakan mereka
agar mereka selamat walau siapa mereka termasuklah non muslim.
"Sedih
saya melihat komen seperti tidak berhati nurani. Kelihatan mereka
gembira kerana barangkali penumpang itu musuh politik mereka. Ada yang
mula menghitung hari untuk pilihanraya kecil. Allahu Akbar!" tulis
beliau.
Namun
pihak yang paling awal membuat kenyataan sedia bertanding adalah
pemimpin Pas sendiri di ijtimak pilihan raya Pas Pahang itu.
Selain itu, Pas Kawasan Kuala Kangsar juga terus mengadakan mesyuarat tanpa menunggu sebarang pengumuman rasmi mengenai kekosongan kerusi ini.
Yang
Dipertua Pas Kawasan, Raja Iskandar Al Hiss melalui facebooknya
menulis, mesyuarat Pas Kuala Kangsar malam tadi sebulat suara
memutuskan kesediaan untuk menggalas apa jua arahan daripada Pas Pusat
dan negeri bagi menghadapi sekiranya berlaku Pilihanraya Kecil bagi
Parlimen Kuala Kangsar.
"PAS
Kuala Kangsar juga merakamkan ucapan takziah buat keluarga almarhum
Datuk Wan Khairil dan mendoakan semoga Allah menempatkan almarhum
dikalangan mereka yang terpilih diatas khidmat beliau kepada rakyat
Kuala Kangsar," tulis beliau.
Sementara itu, Muhaimin Sulam berkata, selain Pas Kuala Kangsar, bekas calon Pas Khalil Idham Lim pun sudah buat kenyataan.
"Pesuruhjaya
Pas Perak, Haji Razman Zakaria kata Pas Perak bersedia bertanding,"
tulis Muhaimin, bekas Setiausaha Perhubungan Pas Perak itu.
Menurut
Muhaimin juga, Amanah Perak belum buat sebarang kenyataan "kecuali aku
saja yang mandai-mandai gatal tangan pagi ni membuat karangan pendek
tentang kawasan arwah Pak Din Andika (nak tau siapa dia, tonton youtube
'10 Tahun Sebelum Merdeka').
Tiada ulasan:
Catat Ulasan