Rabu, 18 Mei 2016

Malaysia juara Kumpulan C, layak ke suku akhir

Piala Thomas & Uber
 

SKUAD Piala Thomas negara melaksanakan misi awal dengan muncul juara Kumpulan C apabila menundukkan Korea Selatan 3-2 pada aksi terakhir di Pusat Sukan Kunshan, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mengelak bertemu pasukan pilihan pada undian suku akhir yang dijangka dibuat esok.

Dalam perlawanan akhir kumpulan, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah menyumbang mata pertama apabila menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan menerusi acara beregu pertama.

Beregu negara, Goh V Shem-Koo Kien Keat kalah kepada pasangan Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dalam straight set 16-21, 11-21.

Pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin meletakkan Malaysia kembali di hadapan apabila mengalahkan Lee Dong Kun 21-17, 21-15.

Perlawanan semakin mendebarkan apabila beregu kedua negara, Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong pula tunduk kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rung 14-21, 22-24 untuk menjadikan kedudukan 2-2.

Bagaimanapun Chong Wei Feng yang beraksi dengan meyakinkan telah menyelamatkan misi negara apabila mudah menundukkan Jeon Hyeok Jin 21-16, 21-16 untuk muncul juara kumpulan.


Tiada ulasan: