Rabu, 18 Mei 2016

Ku Li Ragui Dr Mahathir Yang 'Masih Berpengaruh' Beri Kesan Kepada Umno

MSTAR ONLINE
 
 
Tengku Razaleigh Hamzah
 
 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih berpengaruh di kalangan akar umbi Umno, kata pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata Dr Mahathir sendiri masih lagi seorang yang berpengaruh 'kerana beliau sudah lama berada dalam bidang ini dan sebenarnya selain daripada apa yang telah dilakukan semasa kepimpinannya, beliau adalah orang yang berpengaruh'.

"Orang tahu siapa beliau dan apa yang telah dilakukan. Mereka tahu apa yang berlaku semasa pemerintahan beliau dan semua yang lain lagi. Kita tidak boleh menafikannya," kata Razaleigh atau Ku Li, kepada pemberita di lobi Parlimen.

Ku Li berkata beliau terkejut apabila bekas perdana menteri itu sedang bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk melihat Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Saya tidak boleh menilai keadaan atau memberi cadangan saya, ia adalah sukar," kata Ahli Parlimen Gua Musang ini.

Razaleigh berkata, beliau ragu-ragu dengan pendirian Dr Mahathir terhadap BN yang akan menjejaskan Umno.

"Beliau bukan lagi ahli Umno dan telah meluahkan perasaannya bahawa tiada gunanya berada dalam parti itu (Umno) kerana beliau menganggap ia adalah 'one man's party'. Itu yang beliau rasakan.

"Kita tahu apa objektifnya. Jadi, beliau akan cuba untuk membentangkan dan mempromosikan objektifnya supaya ia tercapai. Beliau akan melakukan yang terbaik," katanya.
 
 

Tiada ulasan: