Isnin, 9 Mei 2016

DAP: Sarawak penanda aras untuk PRU14 cuma mitos

MALAYSIAKINI




DAP menolak tanggapan kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri Sarawak kelmarin menjadi petanda kejayaan mereka dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Menolak kenyataan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang berkata semua itu cuma mitos.

“Ini sebahagian daripada beberapa mitos yang lahir dalam tempoh 36 jam selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Sabtu malam,” katanya.

Lim berkata pilihan raya negeri di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menjadi penanda aras lebih tepat berkaitan nasib Najib dalam PRU14.


 
 
 

Tiada ulasan: