shahbudindotcom
Siasatan
pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC
International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan
sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan
Kim Loong.
Tan,
jika mengikut The Wall Street Journal atau WSJ adalah benefisiari asal
Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands
yang telah menghantar RM2,600 juta ke akaun peribadi Najib Razak.
Melalui
pendedahan WSJ juga, Najib didapati turut menerima RM42 juta daripada
SRC International yang sebelumnya mendapat kemudahan pinjaman sebanyak
RM4,000 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dikatakan
untuk membiayai pelaburan arang batunya di Mongolia.
Cuma
di Malaysia, bukan saja tidak diketahui siapa yang bertanggungjawab
meluluskan pemindahan wang itu, malah Najib juga mengatakan beliau tidak
mengetahui wang yang diterimanya itu daripada SRC International.
Pelik bukan?
Tapi
wang itu tetap dibelanjakannya dan Nik Faisal pula sejak sekian lama
menghilangkan diri ke luar negara, dipercayai ke Indonesia.
Di
Singapura, seorang bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei sedang
menghadapi pertuduhan kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan,
pemindahan wang daripada SRC International itu kepada Tan Kim Loong,
tetapi di negara kita "semuanya didapati tiada kes".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan