Khamis, 12 Mei 2016

'Bantu pekerja MAS dulu, baru fikir baju Farah Khan'

MALAYSIAKINI




Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) menyifatkan keputusan menukar seragam ikonik Malaysia Airlines Bhd (MAS) pada masa ini sebagai “tidak masuk akal”.

Menurut badan itu, pengurusan syarikat penerbangan itu patut mengutamakan bantuan kepada kira-kira 6,000 pekerjanya hilang pekerjaan selepas penstrukturan semula.


“Pampasan pekerja yang dihentikan dibayar kurang tetapi perbelanjaan benda lain bernilai ratusan juta ringgit naik!

“Ini sama sekali sikap yang tidak adil dan waras,” kata Nufam yang menggesa MAS memberhentikan pembaziran.

MAS kelmarin mengumumkan pakatan strategik dengan jenama fesyen Farah Khan bagi menyuntik nafas baharu terhadap rekaan kebaya ikonik serta pakaian seragam kakitangan syarikat itu.

Koleksi baharu itu dijangka dilancarkan pada suku keempat 2016.

Seragam pelbagai jawatan

Kerjasama itu antara lain menyaksikan sentuhan pengarah kreatif gedung fesyen itu, Datuk Seri Farah Khan menghasilkan rekaan kesemua pakaian seragam pelbagai jabatan MAS termasuk anak kapal, petugas lapangan terbang serta bahagian kejuruteraannya.

Ketua Pegawai Komersial MAS Paul Simmon berkata pakaian seragam baharu itu akan terus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia selain menandakan bermulanya episod transformasi syarikat itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nufam berkata rekaan baru seragam tidak menjamin kemajuan syarikat itu.

Uniform pekerja masih baru, kalau lusuh, tukar saja tapi tak semestinya tukar 14,000 baju dan pakaian seragam.

“Dengan adanya jenama baju seperti Farah Khan, tak semestinya MAS maju,” katanya.

Nufam juga menegaskan bahaya seragam kebaya MAS sudah menjadi lambang dan imej yang terkenal di seluruh dunia.


Tiada ulasan: