Rabu, 18 Mei 2016

Bajet dipotong, aktiviti Suhakam hanya di Lembah Klang

MALAYSIAKINI




Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa mengehadkan aktivitinya di Lembah Klang sahaja susulan potongan belanjawan daripada RM13 kepada RM5.5 juta sahaja.

Malah, aktivitinya yang memerlukan bajet besar juga ditangguhkan dan suruhanjaya itu hanya akan menghadiri program luar negara yang benar-benar penting atau yang ditanggung penganjur.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihak Suhakam bolehlah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan peruntukan tambahan selepas Jun 2016,” kata Datuk Paul Low.

Low berkata, Suhakam mengambil langkah itu bagi menghadapi kekawangan kewangan terbarunya itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian dalam jawapan bertulis di parlimen terhadap soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh).

Kok bertanya kenapa peruntukan Suhakam dipotong secara drastik. Beliau juga mahu mahu apa program Suhakam pada tahun ini dengan bajet yang “begitu kurang”.

Sementara itu, Low juga menjelaskan, pemotongan itu sebahagian langkah kalibrasi semula perbelanjaan awam secara berhemat untuk mengawal aliran tunai semua badan kerajaan, khususnya dalam peruntukan mengutus.

Suhakam, dalam pendirian hak asasinya, selalu berbeza pandangan dan bersifat kritikal terhadap kerajaan.

Badan itu juga sering menjadi tempat pengaduan pembangkang dan kumpulan NGO

Tiada ulasan: