Ahad, 29 Mei 2016

44 kereta dalam bengkel terbakar di Seremban

FREE MALAYSIA TODAY


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


bengkel-terbakar


SEREMBAN : Sebanyak 44 kereta musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di sini tengah malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Badroltamam Abd Aziz berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.45 tengah malam dan tiba di lokasi kejadian 39 minit kemudian.

Katanya, seramai 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian yang berlaku di Kampung Ribu, Kuala Sawah.

“Sebaik tiba di lokasi kebanyakan kereta yang diletakkan di perkarangan bengkel itu sudah pun terbakar. Pada awalnya kami menjangkakan hanya belasan kenderaan saja terbakar.

“Namun selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya iaitu sejam kemudian (2.06 pagi), kami mendapati jumlah kenderaan yang musnah semakin bertambah iaitu 44 kereta,” katanya.

Badroltamam berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-BERNAMA

Tiada ulasan: