Isnin, 30 Mei 2016

15 penduduk Tasek Gelugor terdedah merkuri

FREE MALAYSIA TODAY

 

Bahan itu dibawa balik oleh anak penduduk yang menjumpainya tidak jauh dari kawasan rumah mereka.


merkuri


TASEK GELUGOR : Seramai 15 penduduk di Jalan Padang Menora, Kampung Baru di sini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kerana dikhuatiri terdedah kepada cecair merkuri semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas Abdul Aziz Yusuff berkata semua lima rumah penduduk itu juga dikosongkan kerana bahan tersebut tumpah di rumah mereka.

Bomba melakukan pembersihan di rumah berkenaan pagi tadi, katanya.

Beliau berkata penduduk memberitahu bahan itu dibawa balik oleh anak mereka yang menjumpainya tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Aziz berkata, bomba masih menyiasat punca bahan itu ditemui.

Seorang penduduk Mohd Fadzil Awang, 49, berkata anaknya memberitahu dia dan kawan-kawannya menjumpai cecair tersebut tidak jauh dari kawasan rumah mereka.

Pada Khamis lalu, seramai 56 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Bukit Mertajam turut dikuarantin selepas berlaku tumpahan merkuri di kelas mereka.–– BERNAMA

Tiada ulasan: