Isnin, 30 Mei 2016

1 lawan 10, tapak tangan penjenayah putus ditetak mangsa

 
Tiga kenderaan tiba-tiba mengepung kereta mangsa sebelum 10 penjenayah muncul dan merompak beliau.


machete


PETALING JAYA: Seorang bekas komando berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rompakan 10 penjenayah ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Cameron Highlands kelmarin.

Kejadian itu berlaku pada malam Sabtu lalu ketika John Bah Tuin melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan, dari Mensun ke Ringlet.

Aktivis hak asasi manusia, Siti Kasim berkongsi detik-detik cemas John di Facebooknya dengan memaklumkan ketika kejadian John memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk membuat panggilan.

“Tiba-tiba tiga kenderaan mengepung keretanya. Kumpulan lelaki itu menyuruh beliau keluar dari kereta dan cuba merompaknya.

“Malang buat perompak-perompak itu, mereka tersilap orang.

“John ialah seorang lelaki sasa dan kuat,” tulisnya di Facebook beliau.

John yang merupakan Orang Asli dan seorang pengusaha rumah inap desa sempat mencapai parang yang diletakkan di tepi pintu kereta dan segera menghayun ke arah penjenayah itu menyebabkan tapak tangan seorang penjenayah terbabit terputus.

Bagaimanapun beliau cedera di bahagian kepala serta badan kerana ada di kalangan penjenayah itu yang bersenjatakan topi keledar dan pisau kecil.

Mangsa kemudiannya menghubungi rakan beliau sebelum pulang ke rumah. Beliau membuat laporan polis keesokan harinya.

Selepas menceritakan detik-detik cemas itu kepada rakannya, mereka bertindak memuat naik ke laman media sosial sehingga menjadi perhatian ramai.

Tiada ulasan: