CHERAS: Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan
elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di
kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.
Wanita itu, Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima
rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata
suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital
itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya dalam
kenyataan semalam.
Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan