Jumaat, 1 April 2016

[VIDEO] Selamatkan Malaysia: Najib Perlu Undur Segera

KELAB GREENBOC


Kesemua pemidato di dalam Pidato SELAMATKAN MALAYSIA anjuran AMANAH Melaka yang diadakan malam kelmarin bersetuju bahawa Najib perlu berundur dengan kadar segera demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil memeri contoh sebuah negara iaitu Myanmar yang kurang maju dari negara kita, rakyatnya bangkit untuk menukarkan Presidennya. Beliau hairan mengapa rakyat Malaysia yang lebih maju tidak berani menukar kerajaan.

"Cukai GST menjadi punca pendapatan utama kerajaan. Setakat hari ini lebih RM50 bilion telah dikutip, tetapi apa pulangan kepada kita? Apa yang kita dapat dari GST ini? Harga barang masih tinggi, tol dinaikkan, pinjaman pengajian dipotong, biasiswa ditarik balik, dimana GST itu digunakan? Takkan rakyat tak ada mulut untuk bersuara bertanya dimana GST itu dibelanjakan," katanya. Beliau menyeru rakyat untuk hadir berama-ramai demonstrasi besar-besaran 2 April ini (esok) membantah GST di Kuala Lumpur sempena ulangtahun penderitaan nrakyat akibat GST.

Sementara itu YB Dr. Afif Bahardin, exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan pula menyatakan ramai pemimpin seperti Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Tun Mahathir, sanggup menolak perbezaan ideologi politik dan sejarah lama demi untuk menyelamatkan negara.

Beliau menyelar pihak yang mebuat bising mengenai Deklarasi Rakyat, kononnya pemimpin PH boleh bersama dengan pemimpin yang zalim (Mahathir) dengan bertanya kepada mereka, siapa yang kena tangkap di era Mahathir? Mereka yang ditangkap adalah orang-orang seperti Mahfuz Omar, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sedangkan mereka masih boleh duduk bersama bekas perdana Menteri yang dianggap zalim itu.Sebab mereka semua trahu bahawa kita semua perlukan sebuah gerakan baharu untuk selamatkan Malaysia sekalipun kena duduk dengan Mahathir.

"Tidaklah bermakna apabila kita duduk dengan Mahathir kita telah gadaikan prinsip kita. Tidak! Prinsip kita kekal untuk melakukan reformasi sistem dalam negara ini. Rakyat mahukan perubahan, Rakyat tidak mahu Perdana Menteri yang rasuah dan korup," ujarnya.

"Kita masuk dalam pilihanraya tetapi kalau pilihanraya tidak adil dan bersih bagaimana kita nak menang. Kalau RM2.6 bilion dia (UMNO BN) boleh menang dalam pilihanraya 2013, kalau lepas ini ada kuasa asing bagi RM20 bilion kepada Najib, macamana kita nak menang?" soalnya.

Ketua Pembangkang DUN Melaka, YB Khoo Pay Tiong membawa satu analogi yang menarik. Katanya jika kita menghadpi masalah kita perlu selesaikan segera. Seperti jika berlaku kebakaran, kita perlu berusaha untuk memadamkan kebakaran itu, kita panggil bomba untuk pastikan kebakaran itu dapat dipadamkan dan tidak merebak. Adakah kita perlu tunggu sampai PRU14 baru hendak turunkan Najib? Jika berlaku kebakaran seperti contoh tadi, kita tak padamkan, kita tak panggil bomba, tapi kita tunggu hari hujan..

Beliau menyatakan bahawa Lim Kita Siang boleh bersama dengan Mahathir yang dulu mereka bermusuhan adalah demi untuk kepentingan negara, untuk selamatkan Malaysia.

YB Shamsul Iskandar, ahli parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan pula berkata, setiap kali pilihanraya kita minta rakyat melakukan perubahan, namun rakyat tidak memberi respons yang baik terhadap seruan kita. Contohnya GST, pada PRU13 pihak Pakatan telah memberitahu kepada rakyat akan bahana GST dikenakan jika UMNO BN menang, tetpai rakyat tidak memperdulikannya malah dianggap kita berbohong. Akhirnya selepas PRU13, benar-benar GST dikenakan dan rakyat menderita seperti yang dialami sekarang.

Sementara itu, Hj. Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara menyatakan kita bersama-sama Mahathir, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin mendesak Najib berhenti. Beliau juga menyelar sikap sesetengah ornag yang menyatakan jika Najib berhenti yang bakal naik ialah orang UMNO juga. Beliau menegaskan, bahawa kita perlu ikut majoriti, sekalipun yang naik ialah orang UMNO juga, namun untuk melantik Perdana Menteri baharu itu, beliau perlu terima syarat-syarat yang akan dipersetujui bersama khususnya perlu melakukan reformasi di dalam sistem kerajaan seperti SPR, SPRM, Peguam Negara, KPN dan lain-lain.



LIHAT VIDEO DI SINI




Tiada ulasan: