Rabu, 13 April 2016

Ular Sawa Terpanjang Mati Selepas Bertelur


Saiz telur ular sawa lebih besar sedikit berbanding sebiji bola ping pong. - fotoJPAM
 
 
GEORGE TOWN: Seekor ular sawa berukuran 7.5 meter panjang yang menarik perhatian orang ramai dan menerima publisiti antarabangsa apabila ia dikatakan mungkin menjadi ular terpanjang di dunia telah mati.

Ular itu mati pada Ahad, sehari selepas ia bertelur, di mana saiz telur itu lebih besar sedikit berbanding sebiji bola ping pong. Ular itu dipercayai mempunyai menyimpan beberapa lagi biji telur di dalam badannya.

Pada petang Isnin, reptilia itu dan telurnya telah dibakar dalam insinerator, yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) P.Pinang Loo Kean Seong berkata, beliau percaya terdapat lebih banyak telur dalam badan ular sawa itu berdasarkan fizikalnya.

"Sukar untuk menentukan punca kematian," katanya.

Kisah ular itu yang ditangkap di kawasan pembinaan jejambat di Paya Terubong pada Khamis dan kematiannya telah dipaparkan dalam beberapa laporan antarabangsa termasuklah BBC News, The Guardian dan The Telegraph UK.



Ular itu yang diletakkan di bawah jagaan sementara di pusat operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, menjadi perhatian orang ramai yang turut mahu melihatnya dengan lebih dekat sebelum dilepaskan ke dalam hutan.

Ramai yang mengambil gambar dengan haiwan itu dan menyentuhnya.

Menyalahkan jabatan berkenaan dengan mendakwa ular sawa itu tidak dikendalikan dengan betul, Presiden Sahabat Alam Malaysia S.M. Mohd Idris berkata haiwan itu perlu dilepaskan ke dalam hutan sebaik sahaja ia ditangkap.

"Adalah tidak masuk akal untuk jabatan itu menjaga ular tersebut selama tiga hari dan menjadikannya tontonan awam. Semestinya ia telah memberi tekanan kepada ular itu.

"Manusia telah memusnahkan habitat semula jadinya yang memaksanya untuk keluar. Kini, ia sudah mati," katanya.

Walau bagaimanapun, pegawai operasi JPAM P.Pinang Leftenan Muda Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata ular sawa itu kelihatan lemah selepas bertelur pada malam Sabtu.

"Ia adalah prosedur operasi standard (SOP) kami untuk menyerahkan mana-mana ular dan biawak kepada Jabatan Hidupan Liar. Bukan kita yang akan melepaskannya ke dalam hutan," katanya.

Pengurus Taman Ular dan Reptilia Samsulwadi Md Salleh berkata tahun-tahun terakhir kehidupan seekor ular dapat dilihat berdasarkan saiz dan ukuran panjangnya, sambil menambah spesies itu boleh hidup sehingga 25 tahun.

Tiada ulasan: