Isnin, 4 April 2016

Tiada pelaburan dana daripada1MDB

 
Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan fakta tersebut adalah palsu


1mdb


PETALING JAYA: Syarikat pelaburan startegik kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menafikan pernah melabur atau memindahkan dana kepada Red Granite Pictures sama ada secara langsung atau melalui orang tengah.

Sebarang kenyataan yang bercanggah dengan fakta tersebut adalah palsu, tegas firma pelaburan yang dilanda kontroversi itu.

“Kami dengan ini menafikan bahawa 1MDB telah membiayai penerbitan filem The Wolf of Wall Street atau terlibat dengan mana-mana filem di dalam apa jua kapasiti seperti mana yang didakwa oleh sesetengah laporan media,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Majalah Vanity Fair menyiarkan satu artikel bertajuk “In Thematically Appropriate Twist, The Wolf of Wall Street Financiers Are Under Federal Investigation” yang mendakwa 1MDB terlibat dengan produksi tersebut.

Tiada ulasan: