Khamis, 21 April 2016

Sindiket dadah pusat hiburan di KL lumpuh

MALAYSIAKINI




Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara dalam empat serbuan sekitar Cheras hanya talam tempoh 30 minit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Datuk Seri Mokhtar Mohd Shariff berkata serbuan itu dilancarkan jabatannya dan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman.

Empat anggota sindiket, melibatkan dua lelaki tempatan dan dua warganegara asing, ditangkap dan direman tujuh hari bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seorang suspek mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif dadah jenis amphetamine.

Mokhtar berkata rampasan dibuat terhadap bahan disyaki syabu, ketamin, eramin 5 dan ekstasi dianggarkan bernilai RM94,000 dan mampu menampung bekalan sebulan melibatkan sehingga 475 orang pengguna syabu.

Lima buah kereta, barang kemas dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai lebih RM700,000 berjaya disita.

“JSJN akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.
“Dalam usaha ini, kerjasama masyarakat amat diperlukan bagi menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dadah yang berlaku di sekeliling mereka,” katanya.


Tiada ulasan: