Rabu, 13 April 2016

Siapa Zakir Naik?

Alyaa Alhadjri

 


PANDUAN Bagi peminat beliau dikenali sebagai pakar perbandingan agama. Tetapi bagi pihak lain, beliau dianggap seorang radikal.

Ketibaan beliau di Malaysia minggu lalu turut mengundang perbahasan hangat pelbagai pihak.

Tetapi siapa sebenarnya Dr Zakir Naik?

Nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik. Beliau lahir di Mumbai, India pada 18 Oktober 1965, tetapi kini menetap di Dubai bersama isteri Farhat Naik.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak. Yang lelaki dinamakan Fariq manakala yang perempuan pula dinamakan Rushdaa. Kedua-dua mereka mengikuti jalan Zakir sebagai pendakwah.

Zakir seorang graduan dalam bidang kedoktoran dengan dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Mumbai.

Dalam wawancara-wawancaranya, Zakir berkata dua anggota keluarganya – bapa dan saudara lelaki – turut menceburi bidang perubatan.

Zakir mempunyai seorang saudara kandung perempuan.

Semasa tamat belajar, Zakir bertanya ibunya sama ada beliau mahu beliau menjadi seperti pakar bedah Afrika Selatan Dr Christian Barnaard atau pendakwakwah Afrika Selatan Ahmad Deedat.

Ibu Zakir dikatakan menjawab kedua-duanya. Bagaimanapun, beberapa tahun selepas itu ibunya bertukar fikiran dan membenarkan beliau menumpukan usaha untuk menyebarkan Islam semata-mata.

Barnaard ialah doktor pertama menjalankan pembedahan pemindahan jantung antara manusia di dunia.

Bagaimana beliau bermula?

Pada 1991, Zakir mula bekerja dalam bidang dakwah dan mengasaskan Yaysan Kajian Islam yang berpangkalan di Mumbai.

Zakir menjadikan Ahmad Deedat – yang dikenali dalam bidang perbandingan agama – sebagai inspirasinya.

Oleh yang demikian, beliau kadang-kala dirujuk sebagai "Deedat plus". Malah, gelaran itu dikatakan diberikan sendiri oleh Deedat.

Bagaimana beliau menjadi terkenal? 

Zakir mencuri tumpuan sebagai selebriti TV selepas mengasaskan TV satelit Peace TV yang berpangkalan di Dubai pada 21 Januari 2016.

Saluran 24 jam dalam bahasa Inggeris itu disiarkan di seluruh dunia melibatkan lebih 200 negara di seluruh dunia. Ia membariskan Zakir berceramah pelbagai tajuk berkaitan perbandingan agama.

Peace TV dilapor menganggarkan penontonnya mencecah 100 juta.

Selain mensasarkan penutur bahasa Inggeris, Zakir juga melancarkan Peace TV dalam bahasa Urdu dan Bangladesh pada 2011.

Di YouTube, carian namanya dengan mudah memunculkan 900,000 keputusan.

Itu saja?

Tidak. Menurut laman web IRF, Zakri telah menyampaikan lebih 2,000 ceramah umum di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun.

Negara-negara itu termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Perqancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Africa Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

Tiada ulasan: