Rabu, 6 April 2016

Shazni: Doakan saya kuat berdepan k'jaan 'pekak, bisu'

MALAYSIAKINI





Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Shazni Munir yang dibebaskan setelah tahanan reman dua hari di bawah Akta Hasutan 1948 berjanji akan terus bersuara terhadap kerajaan.

Katanya, itu sahaja 'senjata' dipunyainya untuk melawan sebuah kerajaan yang didakwa rosak.

“Senjata ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 bilion masih tidak berpenghujung.

“Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu.

Shazni berkata jika beliau tidak menulis pun isu-isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mendesak pengunduran Najib dan pertukaran kerajaan, ramai lagi akan menulis perkara sama.

Shazni dibebaskan hari ini dengan jaminan polis setelah ditahan di lokap Jinjang, Kuala Lumpur susulan laporan sebuah laman web bahawa beliau menyeru menggulingkan kerajaan melalui perhimpunan besar-besaran.

Dalam kenyataan pertamanya selepas dibebaskan hari ini, beliau berkata berita dirujuk polis di laman web www.bicara.news itu telah dimanipulasi daripada artikel asal di Free Malaysia Today.

Beliau juga berkata tiada masalah jika polis mahu menyiasat kedua-dua tulisan itu.

“Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan.

“Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini,” katanya.


Tiada ulasan: