Ahad, 17 April 2016

Selepas El Nino siap sedia kedatangan La Nina

SELANGOR KINI

SHAH ALAM : Rakyat Malaysia yang terpaksa berpanas akibat panas terik El Nino apabila mengeringkan sungai dan takungan air mungkin berdepan dengan banjir besar pula pada akhir tahun.

Data terbaru agensi iklim Amerika Syarikat berkata, terdapat 60 peratus kemungkinan bahawa La Nina, ‘adik-beradik’ El Nino akan berlaku di Malaysia, apabila ia menyebabkan berlakunya hujan lebat lebih daripada biasa dari Oktober hingga Disember.

Banjir Sepang

“Kita perlu melihat keadaan ini dari sekarang, terutama di kawasan yang sering dilanda banjir musim tengkujuh pada akhir tahun,” kata pakar iklim Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah dipetik MStar Online.

El Nino, yang bermaksud ‘budak lelaki’ dalam bahasa Sepanyol, adalah satu fenomena cuaca yang tidak teratur yang menyebabkan suhu laut di kawasan khatulistiwa Lautan Pasifik meningkat, sementara La Nina yang bermaksud ‘budak perempuan’ dalam bahasa Sepanyol, membawa kepada penyejukan air laut.

La Nina sering berlaku selepas El Nino berakhir.

Kedua-duanya membawa kepada hujan lebat luar biasa di beberapa bahagian di dunia dan kemarau di tempat lain.

Dr Azizan, yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan Universiti Malaya berkata banjir besar pada akhir 2014 di pantai timur semenanjung, yang terburuk sejak beberapa dekad lalu berlaku apabila ketiadaan La Nina.

Oleh itu, berkemungkinan banjir besar boleh berlaku jika berlakunya La Nina yang kuat pada kali ini.
Beliau berkata data Pentadbiran Oseannografi dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan bahawa fenomena El Nino semasa sudah memuncak.

Tahapnya pada masa ini adalah hampir sama seperti yang berlaku pada 1997-1998 apabila berlakunya episod melampau El Nino.

potensi-la-nina-banjir


Dr Azizan berkata beberapa bahagian di pantai timur semenanjung terdedah kepada banjir kerana masalah saliran.

“Selain itu, lebih banyak hujan tidak bermakna berlakunya banjir besar kerana ia bergantung kepada di mana hujan turun. Jika lebih banyak hujan turun di kawasan laut, ia tidak mungkin menyebabkan banjir, “katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang memantau data tersebut tetapi belum mencapai sebarang kesimpulan.

Beliau berkata terdapat keadaan apabila El Nino atau La Nina tidak menjadi kenyataan walaupun ramalan 70 peratus bahawa ia akan berlaku.

“Kami merasakan ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa La Nina akan berlaku,” katanya.EZY


Tiada ulasan: