Sabtu, 2 April 2016

RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat

RM4.2b: Pembangkang lapor polis, mahu PM disiasat
Hatta (empat, kanan) bersama Lip Eng (kanan) menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Dang Wangi, hari ini. 
 
 
KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Pakatan Harapan mahu polis segera menyiasat laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) yang mengesahkan wang  didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja  Arab Saudi.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli mendakwa, ada tiga bayaran ke dalam  akaun Perdana Menteri yang didedahkan mencapai kira-kira RM4.2 bilion dan bukannya RM2.6 bilion yang diakui.

"Kami mohon polis siasat perbezaan yang besar jumlah ini dan siapa yang memasukkan ke dalam akaun tersebut.

 [ARTIKEL BERKAITAN: Najib 'disabit' kesalahan dalam perbicaraan media]

"Ada sebahagian jumlah wang ini didakwa digunakan untuk membeli barang perhiasan, pakaian dan membiayai percutian. Persoalannya, adakah ini benar.

"Ketiga, ada  sebuah syarikat tempatan didakwa terima RM50 juta dalam empat tahun antara 2011 hingga 2014. Adakah ia juga benar," katanya ketika membacakan laporan dibuat Pengerusi DAP Selangor, Ronnie Liu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen  Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata, pihaknya kini ingin mengetahui dimanakah wang RM4.2 bilion itu sekarang.
"Sekali lagi kita minta polis siasat perkara ini dengan kadar segera," katanya.


Tiada ulasan: