Isnin, 18 April 2016

Restoran mamak dikecam kenakan caj pendingin hawa RM10



 
FREE MALAYSIA TODAY
 
 
Pengurus restoran mamak itu menjelaskan, ia adalah kesilapan kakitangan ketika memberikan bil itu kepada pelanggan


aircond-charge-mamak


PETALING JAYA: Sebuah restoran mamak di Bangsar, ibu negara, dikecam gara-gara mengenakan caj pendingin hawa sebanyak RM10 kepada pelanggan.

Warga maya mengecam tindakan itu dan mahu memboikot restoran mamak terbabit, selepas seorang pelanggan memuat naik gambar bil bertarikh 15 April lalu yang tertera caj pendingin hawa sebanyak RM10.

Pengurus restoran itu yang dipetik Sin Chew Daily semalam menjelaskan, ia adalah kesilapan kakitangan ketika memberikan bil kepada pelanggan terbabit.

Jelasnya, jika pelanggan menggunakan bilik di tingkat atas restoran itu untuk mengadakan mesyuarat atau berjumpa rakan-rakan tanpa memesan makanan atau minuman, maka pihaknya akan mengutip RM10 caj pendingin hawa daripada mereka yang duduk melebihi dua jam di premis berkenaan.

“Tetapi, jika mereka ada pesan makanan dan minuman, maka caj itu tidak akan dikenakan.

“Sejak bil itu tersebar di Internet, ramai pelanggan datang dan bertanyakan perkara sebenar.

“Saya mahu tegaskan, kami tak kenakan bayaran itu. Ini adalah kesilapan pekerja ketika memberi bil itu kepada pelanggan. Kami telah buka bil lain dan tidak kenakan sebarang caj pendingin hawa kepada mereka,” jelasnya

Tiada ulasan: