Isnin, 11 April 2016

Polis larang Dr Zakir Naik berceramah

MALAYSIA DATELINE


Twitter KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.Twitter KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan membenarkan ceramah membabitkan pendakwa perbandingan agama Dr Zakir Naik di negara ini diteruskN berdasarkan ketenteraman awam dan sensitiviti masyarakat berbilang agama.

Menerusi twitternya pagi ini Khalid berkata:"@PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya dalam laman sosial hari ini.

Ceramah Dr Zakir dengan tajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" dijangka akan berlansung pada 17 April ini di Universiti Teknologi Malaysia.

Kehadiran Dr Zakir di Malaysia telah menimbulkan komflik antaranya membabitkan Hindraf dan Pemuda MIC.

Hindu Rights Action Force (Hindraf) meminta kerajaan untuk mengharamkan pendakwah itu daripada memasuki negara ini.

Manakala Ketua Pemuda MIC, C Sivaaraajh pula berhasrat untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang melarang Dr Zakir masuk ke negara ini.

Dr Zakir yang juga Presiden Islamic Research Foundation diajdualkan memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu, atas jemputan kerajaan negeri.

Beliau dijadual akan berceramah di Stadium Hoki di Bukit Jalil pada 16 April dalam satu forum bertajuk "Is the Quran Gods Word."

Sebelum ini Dr Zakir pernah datang ke Malaysia pada 2012 turut mendapat bantahan sama dikalangan masyarakat Hindu negara ini.

Dr Zakir, adalah penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013, telah dilaporkan menimbulkan kemarahan masyarakat Hindu dengan menghina dewa-dewa mereka bersama-sama dengan amalan tidak memakan daging dikalangan pengamal "vegetarian".

Beliau juga dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke Kanada dan United Kingdom pada tahun 2012 selepas menyatakan sokongannya terhadap kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Tiada ulasan: