Isnin, 18 April 2016

Polis buru dua suspek susulan penemuan bom di Petaling Jaya

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan tujuh butir bom di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pagi semalam sedang diburu polis.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, yang diburu merupakan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Chong, 37, dan seorang wanita berumur 39 tahun.
 
“Bertindak atas maklumat polis, serbuan telah dijalankan pada pukul 4.30 pagi tadi di sebuah kondominium di Damansara Perdana untuk menjejaki suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dan polis menemui tujuh butir bom tangan berbentuk mercun bersama alatan eletronik, dadah yang disyaki syabu seberat dua kilogram dan sejumlah pil Eramin 5, katanya.
 
Semalam , lebih 200 penduduk kondominium berkenaan digemparkan dengan penemuan bom di sebuah unit kediaman tersebut sebelum semua bahan letupan itu dibawa ke kawasan lapang berdekatan bagi dimusnahkan. 


Tiada ulasan: