Selasa, 12 April 2016

Polis benarkan acara Zakir di KL, dengan syarat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pihak polis bersetuju membenarkan ceramah oleh sarjana kontroversi Islam Zakir Naik di Kuala Lumpur pada 16 April, tetapi tertakluk kepada beberapa syarat.
 
Bagaimanapun, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, beliau tidak akan mempertimbangkan keputusan mengharamkan ceramah di Melaka dengan tajuk “Similarities between Islam and Hinduism.” (Persamaan antara Islam dan Hinduisme).
 
Acara di Kuala Lumpur bertajuk “Is the Quran God's Word”. (Adakah al-Quran firman tuhan?)
 
Khalid memberitahu kepada  Malaysiakini bahawa penganjur harus memastikan ceramah itu hanya melibatkan perkara-perkara berkaitan Islam dan tidak memperkecilkan agama lain.
 
“Kami akan beri taklimat pada penganjur berkaitan perkara ini. Mereka harus jamin ceramah tidak menyentuh sensitiviti bukan Islam.
 
“Jika Zakir mahu bercakap tentang keagungan Islam, beliau amat dialu-alukan berbuat demikian, tetapi penceramah dan pihak lain harus tidak menggunakan acara itu sebagai landasan untuk memperkecilkan agama lain.
 
Jika perkara ini berlaku, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada penganjur. Mereka harus hormati keadaan negara kita yang merangkumi pelbagai agama,” katanya.
 
Langkah pengharaman acara di Melaka itu mengundang debat hangat dan reaksi bercampur-campur.
 
Penentang acara itu menyatakan kelegaan mereka manakala kumpulan-kumpulan Islam pula sebaliknya kecewaan dengan langkah itu.
 
MIC menentang siri ceramah Zakir di Malaysia dengan mendakwa warganegara India itu cenderung menghina agama lain. Pemuda Umno pula tidak bersetuju dengan larangan itu.
 
Isu itu juga menyaksikan perbezaan pandangan dalam parti-parti Pakatan Harapan apabila pemimpin DAP P Ramasamy menyemai kebencian sementara Parti Amanah Negara (PAN) pula melihat acara itu sebagai wacana intelektual.
 
 

Tiada ulasan: