Sabtu, 16 April 2016

PKR Sarawak berpegang pada janji lama mengenai kerusi dengan PAS

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUCHING: PKR Sarawak hari ini berjanji mengelak pertembungan dengan PAS pada pilihan raya negeri pada 7 Mei dengan mematuhi persetujuan mengenai pembahagian kerusi dibuat dengan parti Islam itu ketika pilihan raya 2011.

Janji yang diumum oleh Ketua PKR Sarawak Baru Bian ini berikutan kemungkinan parti itu akan bertembung dengan sekutunya DAP di sekurang-kurangnya lima kerusi pada pilihan raya kali ini.

Bercakap kepada Malay Main Online, Baru berkata sudah dipersetujui ketika pilihan raya lalu, sebelum berlakunya perpecahan Pakatan Rakyat (PR), PKR tidak akan meletak calon di kerusi dipertandingi oleh PAS sebelum ini.

“Selain daripada kerusi-kerusi itu, kami bebas untuk meletakkan calon,” tambahnya.

“Kami akan menghormati perjanjian yang dibuat dengan mereka sebelum berlakukan perpecah PR,” katanya.

Pada pilihan raya 2011, PAS bertanding di Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro tetapi tiada seorangpun calonnya itu menang.

Kali ini, PAS mengumumkan ia bertanding di 11 kerusi negeri, iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Awal hari ini, pengumuman mengenai perancangan DAP bagi pilihan raya negeri kali ini, mendapati ia akan bertindih dengan PKR di lima kerusi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, masalah itu sudah dipersetujui pihak kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti sambil menambah ia turut dipersetujui oleh Timbalan Presiden
PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Tetapi menurut Baru, lima daripada kerusi dalam senarai DAP itu juga terdapat dalam senarai 40 kerusi PKR.

Semalam, beliau menyatakan kekecewaannya bahawa pimpinan pusat DAP dan PKR sudah lari daripada persetujuan awal mengenai pembahagian kerusi yang dicapai oleh jawatankuasa negeri kedua-dua parti.

Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan juga berkata, PKR Sarawak akan menggunakan kuasa vetonya bagi menghalang campur tangan daripada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

PKR Sarawak akan mengumumkan senarai calon muktamadnya pada 20 April.

Baru juga berkata hari ini, PKR tidak ada masalah dengan pembahagian kerusi membabitkan Parti Amanah Negara (PAN), serpihan PAS.


Tiada ulasan: