Selasa, 19 April 2016

Penggunaan dwi-bahasa jejaskan bahasa kebangsaan

pelajar peperiksaan
Gambar Hiasan


SHAH ALAM – Tindakan Kementerian Pendidikan yang menekankan penggunaan dwi bahasa di sekolah seolah-olah menjejaskan kepentingan bahasa kebangsaan.

Pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Dr Raja Rajeswari Seetha Raman berkata, beliau tidak menolak kepentingan penguasaan subjek bahasa Inggeris di sekolah, bagaimanapun ia tidak sepatutnya diletakkan di kedudukan yang sama dengan bahasa Melayu yang dianggap sebagai bahasa kebangsaan.

“Mereka boleh menguasai bahasa Inggeris, tetapi dalam peperiksaan biarlah mereka hanya menggunakan hanya satu bahasa kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

“Bila kita memberi ruang kepada penggunaan dwi-bahasa, kita sebenarnya membuka ruang untuk tidak menerima bahasa kebangsaan dengan sepenuhnya,”  katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-38 dengan tajuk ‘Sampai Bila Mahu Rasis?’ di Dewan Sultan Muhammad Ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan keputusan pihak kementerian yang menggunakan dwi-bahasa dalam kertas peperiksaan sebagai satu tindakan yang mengelirukan pelajar sekolah di negara ini.

“Kementerian telah mencampuradukkan bahasa dalam kertas peperiksaan. Sewajarnya kita hanya fokus kepada satu bahasa,” katanya lagi.

Tiada ulasan: