shahbudindotcom
Sepanjang
hari ini seronok benar golongan pemakan dedak dengan berita Menteri
Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang mengatakan wang yang diterima Najib
Razak memang datang daripada negara itu.
"Kami
sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa
mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara
Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan
mendapati tiada salah laku.
"Justeru,
setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia selepas
mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib sempena Sidang Kemuncak OIC
di Turki.
Wah...seronok
benar mereka, terutama Azalina Othman Said yang pantas mengatakan
dengan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka dan
Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang terus
menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka
memohon maaf kepada Najib.
Sementara
pemakan dedak gembira ria dengan berita yang seolah-olah sudah
menyelamatkan Najib itu, ada beberapa perkara yang boleh dipersoalkan
mengenai pengakuan Adel Al Jubeir itu.
Kenapa hanya baru sekarang Adel Al Jubeir mengatakan wang yang diterima Najib itu berupa sumbangan?
Bukankah beliau juga pada Januari lalu yang mengatakan wang yang sama adalah suatu pelaburan?
Sekarang sudah tukar kaa Ya Sheikh?
Lebih menghairankan perubahan pendirannya itu dilakukan selepas mengadakan pertemuan dengan Najib?
Kenapa
sebelum ini atau sejak Januari lalu apabila mengatakan ianya pelaburan,
beliau tidak pernah berkata apa-apa atau cuba mengubah pendiriannya?
Kenapa berubah pendirian selepas bertemu Najib? Kenapa tidak sebelum ini?
Malah,
Gabungan Ketua-Ketua Cawangan Malaysia atau GKCM juga pernah menghantar
memorandum kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur pada 25 Februari
lalu meminta penjelasan mengenai wang yang diterima Najib itu, tetapi
mengapa tidak berjawab sehingga sekarang?
Alih-alih
selepas mengadakan pertemuan dengan Najib di Turki, Adel Al Jubeir
mengatakan ia berupa sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Ini betul-betul pelik bin ajaib. Pasti unta-unta di padang pasir pun turut terkejut sama dengan perubahan Adel Al Jubeir itu.
Apakah perubahan kenyataan Adel Al Jubeir daripada pelaburan kepada sumbangan dibuat atas permintaan Najib?
Lebih
menghairankan ialah apabila Adel Al Jubeir juga menyatakan Peguam
Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan dan mendapati tiada salah
laku melibatkan Najib.
Ehhhh....ini
dah mirip skrip yang selalu diutarakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan
media arus perdana dalam Malaysia selama ini.
Di
samping itu, kenyataan Adel Al Jubeir yang mengatakan sumbangan
tersebut datangnya daripada Arab Saudi juga lebih bersifat umum. Beliau
hanya mengatakan datang daripada negara itu, tetapi tidak pula menyebut
ia sumbangan pemimpin, kerabat diraja atau mana-mana tokoh terkayanya.
Harap
kita tidak lupa bahawa pemilik PetroSaudi, Putera Turki Abdullah Al
Saud yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB juga berasal daripada
Arab Saudi.
Adel
Al Jubeir turut tidak menyebut langsung fakta yang diumumkan oleh
Peguam Negara, Apandi Ali bahawa Najib sudah memulangkan semula sebanyak
RM2,030 juta kepada pendermanya atas alasan ia tidak digunakan.
Mengapa fakta itu tidak disebut oleh beliau?
Yang
harus disedari ialah pengakuan Adel Al Jubeir itu sudah tidak bermakna
apa-apa lagi kepada Najib berikutan isu kehilangan wang sebanyak AS$3.51
bilion atau kira-kira RM14,000 juta yang dibayar oleh 1MDB kepada
syarikat palsu, Aabar BVI sudah pun diakui kebenarannya dan sedang
disiasat oleh banyak pihak berkuasa di peringkat antarabangsa.
Sebagaimana
yang didedahkan oleh WSJ dan Sarawak Report sebelum ini, mereka percaya
wang yang masuk ke akuan peribadi Najib itu adalah berasal daripada
1MDB yang tiba-tiba hilang selepas dimasukkan ke akaun bank Aabar BVI.
Sekarang,
di mana wang tersebut terus menjadi misteri kepada seluruh dunia.
Tetapi dengan penyiasatan di beberapa negara yang nampaknya mula
menunjukkan perkembangan positif, kebenaran pasti akan terserlah juga
akhinya.
Dengan
peredaran masa, sama-samalah kita tunggu sama ada wang yang dikatakan
sumbangan itu, dengan mula-mula angkanya adalah RM2,600 juta tetapi
kemudian meningkat kepada RM4,200 juta, benar-benar merupakan derma atau
apa jenisnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan