Sabtu, 2 April 2016

Pembangkang cabar PM janji tiada kenaikan GST di Parlimen

MALAYSIAKINI




Seorang wakil rakyat pembangkang Sarawak hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat janji di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen berkata, Najib juga perlu memaklumkan di Parlimen tempoh masa untuk kadar GST sekarang dan tidak menggunakan isu berkenaan sebagai helah atau modal pilihan raya.

"Najib semalam mendakwa bahawa kerajaan tidak akan menaikkan kadar GST selepas pilihan raya Sarawak.

"Kenyataan itu tidak membawa sebarang makna, kerana Najib tidak menjelaskan berapa lama GST pada kadar 6 peratus sekarang akan kekal - satu tahun, dua tahun, atau lima tahun," kata Chong dalam satu kenyataan hari ini.

Chong melahirkan kebimbangan Najib akan menggunakan kemenangan BN pada pilihan raya Sarawak sebagai justifikasi untuk meningkatkan GST.

Tiada ulasan: