Khamis, 21 April 2016

NGO kesal jualan bir di pawagam Pulau Pinang

Susan Loone

 


Persatuan Hindu Pulau Pinang (PHA) mahu pihak berkuasa mengharamkan penjualan bir di ruang legar pawagam di negeri itu.

Timbalan presidennya P Murugiah berkata penjualan arak itu menggalakkan penonton pawagam daripada semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak meminum minuman keras di pawagam.

Bersama-sama dengan kenyataan medianya, Murugiah melampirkan resit menunjukkan bir yang dijual pada harga RM14.90 bersama cukai GST sebanyak 6 peratus (RM 0.84) yang dibeli di luar pawagam itu.

"Kami telah menulis aduan rasmi Jabatan Kastam yang di bawah Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa lain yang di bawah Kementerian Kesihatan, kerajaan negeri dan majlis bandaraya Pulau Pinang untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penjualan bir di pawagam," kata Murugiah.

Semakan dengan sebuah daripada pawagam di Pulau Pinang menunjukkan bahawa bir hanya dijual kepada penonton teater kelas premier.

Ketika dihubungi, Jabatan Khidmat Pelanggan, GSC di Kuala Lumpur tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Seorang pegawainya berkata beliau akan merujuk perkara berkenaan dengan pihak pengurusan pawagam berkenaan sebelum mengeluarkan komen.

Tiada ulasan: