Khamis, 14 April 2016

Najib tidak tahu jumlah sebenar pendatang asing

ARIF ATAN


Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Limpahan pendatang asing di Malaysia sehingga membentuk koloni penempatan dan perniagaan di banyak kawasan dilihat masih belum disedari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ini memandangkan perdana menteri dalam temu ramah eksklusif dengan iNewsTV berpangkalan di Indonesia malam tadi gagal memberi angka sebenar pendatang asing tanpa izin (Pati) khususnya dari Indonesia.

"Kita tidak tahu bilangan sebenar mereka yang gelap atau tanpa izin ini. Ada yang kata satu juta, ada yang kata dua juta dan lebih daripada itu," katanya ketika ditemu marah oleh Arya Mahendra Sinulingga dari RTCI.

Sehubungan itu, ujar Najib, Malaysia membuat keputusan membekukan pengambilan pekerja asing sebaliknya menggalakkan Pati sedia ada di negara ini diguna melalui pengambilan semula.

"Bagaimanapun, prosesnya terlalu perlahan dan pengusaha kita termasuk mereka yang memiliki kilang dan perladangan sudah mendesak untuk mendapatkan pekerja asing lebih mudah," jelas Presiden Umno itu.

Najib yang menyedari kehadiran 2 juta Pati di Malaysia sebagai angka yang terlalu besar berkata, mereka masuk secara sah tetapi menjadi haram kerana tinggal lebih masa.

"Mereka lebih berminat kekal mungkin kerana mudah mencari rezeki, boleh berniaga, bekerja, buka kedai dan sebagainya. Itu cabaran bagi kita, mereka memilih untuk kekal di Malaysia," tambahnya lagi.

Untuk rekod, terdapat 4.6 juta pekerja asing memasuki negara ini secara haram pada 2014 mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia.

Dalam hal berkaitan, Program Penggajian dan Penempatan Semula Pati atau Program Rehiring yang bermula 15 Februari lalu akan diteruskan sehingga 31 Disember tahun ini.

Program tersebut memberi peluang kepada Pati yang bekerja secara haram di negara ini diberikan permit kerja sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Tiada ulasan: