Isnin, 11 April 2016

Muslimat Pas nafi dakwaan akan keluar parti kerana Husam

MALAYSIA DATELINE  Mumtaz Md NawiMumtaz Md NawiDewan Muslimat Pas Kelantan menafikan kononnya ada wakil rakyat kalangan muslimat akan berhijrah kepada Parti Amanah Negara.

Ketua Penerangannya Mumtaz Md Nawi berkata, Muslimat Kelantan tetap kekal istiqamah bersama Pas selagi dasarnya tidak berubah.

Oleh itu beliau meminta parti serpihan terbabit menghentikan cubaan mengheret mereka terjebak dalam politik murahan ciptaan parti baharu itu.

“Mereka dilihat berusaha menarik ahli baharu khususnya kalangan muslimat, namun tidak berjaya.

“Kegagalan itu menyebabkan parti tersebut cuba mencetus perhatian umum di media sosial dengan membuat kenyataan yang berbentuk kontroversi,” katanya dipetik portal rasmi parti itu Harakah online.
Semalam Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah mendedahkan kesemua empat wakil rakyat wanita Pas di Kelantan dijangka akan meninggalkan Pas jika Datuk Husam Musa dipecat oleh parti itu.

Pendedahan awal ini dibuat beliau melalui laman sosial Facebook apabila beliau dicabar untuk mendedahkan nama-nama wakil rakyat yang akan menyertai Husam itu.

Wan Abdul Rahim dilapor mendakwa sekiranya Adun Salor Datuk Husam Musa dikenakan tindakan, 10 Adun Pas manakala empapt daripada Adun terbabit dari  muslimat dijangka mengikut jejak langkahnya.

Mumtaz yang juga Adun Demit berkata ketika badai politik semakin tenang, tiba-tiba pimpinan parti baharu itu mencetus kontroversi politik terhadap Muslimat Negeri.

“Kami pimpinan muslimat negeri sering dilabel pelbagai nama dan tohmahan. Kami ingin menyatakan pendirian tetap istiqamah dengan perjuangan Pas,” ujarnya.

Tiada ulasan: