Khamis, 14 April 2016

Muhyiddin setuju Zahid jadi PM

Shakira Buang  




Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti perdana menteri.

Namun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya berjaya sepenuhnya.

Ini kerana, deklarasi yang dimeterai dengan pemimpin pembangkang itu bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan sedia ada.

"Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!, dalam kes baru-baru ini, mereka (pembangkang) bersama dengan kita Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan.

"Kalau dia (Najib) pergi (undur) maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN," katanya.

Muhyiddin berucap berucap dalam ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di hadapan kira-kira 100 hadirin di Taman Putra Perdana,Puchong malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, ahli Parlimen Pagoh itu turut membuat pendedahan bahawa beliau pernah di pelawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mencabar kedudukan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum 2008, susulan kemerosotan sokongan kepada Umno-BN.

Desakan tersebut dibuat, Dr Mahathir, apabila Najib sebagai timbalan perdana menteri pada masa itu terlalu berlembut untuk bertindak mencabar kedudukan Abdullah sebagai perdana menteri ketika itu.

"Sebelum ini Tun Mahathir panggil saya, rupanya dia sedang menunggu jawapan Datuk Seri Najib, supaya bersedia untuk mengambail alih (jawatan PM dari Pak Lah) dan bertanding jawatan presiden Umno.

"Dia (Dr Mahathir) bertanya dengan saya kalau Datuk Seri Najib besok tak buat keputusan boleh jadi kita nak suruh awak (Muhyiddin) bertanding (jawatan presiden dan menjadi PM), saya kata tuan tunggu , biar saya cakap dengan Datuk Seri Najib sekali lagi,"katanya.

Tambah Muhyiddin, ketika Umno hampir lumpuh dibawah pentadbiran Abdulah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, beliau pernah beberapa kali mencadangkan kepada Najib supaya menggantikan Pak Lah, bagi memulihkan kembali sokongan rakyat.

"Saya bincang dan berkongsi pandangan dengan beliau (Tun M) tentang apa yang berlaku selepas PRU 2008 dibawah Pak Lah, beliau kata ia tidak bagus.Ikut bacaan politik saya, jika Pak Lah terus kekal sebagai tampuk sebagai PM dengan keadaan isu-isu, bukan sekadar rasuah dan moral, sebaliknya kepimpinan, maka kemungkinan kita tak mungkin bertahan pada PRU-13.

"Kalau saya tak gesa begitu saya takut Umno-BN kalah pada pilihan raya lepas, bukan untuk kepentingan saya, bukan kerana waktu itu saya dah bercita-cita nak jadi timbalan perdana menteri tak ada terlintas pun, tapi tujuannya adalah untuk menyelamatkan parti dan menyelamatkan kerajaan BN," kata Muhyiddin.


Tiada ulasan: