Khamis, 7 April 2016

MP Segambut hina saya sebagai speaker, kata Pandikar

Zulaikha Zulkifli




Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia menganggap tindakan anggota parlimen DAP Lim Lip Eng yang memintanya meletakkan jawatan sebagai menghina.

Pandikar turut berkata tindakan anggota parlimen Segambut itu tidak menghormati kedudukannya sebagai Speaker Dewan Rakyat.

"Macam apa yang Segambut buat, bila dia kata begitu, dia hina saya sebagai speaker. Mana boleh ahli parlimen hina kedudukan speaker.

"Bukan hina saya sebagai Pandikar tetapi sebagai kedudukan speaker itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pandikar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang sebelum ini menggesa speaker Dewan Rakyat itu meletakkan jawatan kerana hanya menerima tiga daripada empat penambahbaikan parlimen yang dicadangkan.

Tiada ulasan: