Selasa, 5 April 2016

Menteri lebih bela Najib berbanding rakyat

 
Apa yang menyedihkan ialah apabila mereka bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad. 


Anina-Saadudin,-najib,-umno


PETALING JAYA: Agenda utama Menteri dalam kabinet pada masa kini adalah hanya membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya memperjuangan nasib rakyat jelata.

Dakwaan itu dibuat bekas ahli UMNO Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin apabila kesemua menteri yang dilantik didapati menghabiskan masa mempertahankan Najib, tanpa sebarang fakta yang kukuh.

Malah apa yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka turut bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.“Pemimpin yang merosakkan UMNO adalah penyangak bangsa. Mereka lebih hina daripada penjenayah biasa kerana merosakkan sebuah negara.

Mereka adalah pemimpin yang terkutuk.

“Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak, mereka hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib. Apabila Tun (Mahathir) kata Najib mencuri (duit rakyat), tiada seorang menteri yang memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun,” katanya dalam kenyataan media kepada FMT.

Anina turut mengingatkan menteri bahawa tugas mereka adalah memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat yang memilih mereka.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, elok melepaskan jawatan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebagai jurucakap Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun menteri yang berjaya memberi statement bijak atau mengumumkan strategi bagaimana Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu mahasiswa yang bakal tamat pengajian di universiti dalam negara mahupun luar negara.

“Strategi yang ada adalah bagaimana untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman pengajian samada PTPTN mahupun Mara,” katanya.

Tiada ulasan: