Khamis, 21 April 2016

MCA, jangan ulang Operasi Lalang 1987 - PERKASA

Alyaa Azhar

 


Pertubuhan pendesak Melayu, PERKASA hari ini membidas kenyataan oleh ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyalahkan perlembagaan persekutuan dalam menyemai rasisme di negara ini.

Menyifatkan kenyataan Ti itu sebagai tidak bertanggungjawab dan anti-nasional, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali tertanya-tanya bagaimana kenyataan itu boleh terpacul dari mulut orang 'terpelajar' seperti Ti.

"Apakah kerana agama Islam agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu, termasuk hak keistimewaan org Melayu?," katanya semasa sidang akhbarnya, hari ini.

Justeru, Ibrahim mahu tahu apa yang dimaksudkan oleh Ti apabila beliau berkata sedemikian.

Ibrahim percaya Ti merujuk kepada Artikel 153 perlembagaan yang memberi kuasa dan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa kepada Bumiputera.

"Satu lagi, mengenai kerakyatan, Ti sepatutnya memberi perincian dgn hujah-hujah yang mempunyai fakta yg jelas, di mana perlembagaan ni menyerlah perkauman, dan yg mana melahirkan pihak pelampau.

"Kenyataan ni amat merbahaya, seolah-olah menyalahkan letak agama Islam sebagai agama rasmi," tambah beliau.

Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu terus membidas Ti, sambil menyatakan Perlembagaan itu adalah suatu perjanjian – kontrak sosial yang tidak boleh dipinda oleh sesiapa jua.

"Ini perkara yang merupakan suatu perjanjian sejarah yg dinamakan social contract yang tidak boleh dipinda, usik mana-mana pihak.

"Hatta parlimen pun tidak boleh pinda social contract ini.

"Asas perlembagaan negara di bina atas asas dasar persetujuan, jadi apabila Ti sebut perlembagaan ni menyerlah perkauman dan ekstremism, apa yang dimaksudkan

Perkasa pandang serius, nak ingatkan Ti, jangan ulangi peristiwa 1987 - operasi lalang," tambah beliau

Tiada ulasan: