Ahad, 10 April 2016

MCA bidas Dr M minta campur tangan asing, gelarnya khianat

MALAYSIAKINI




Seruan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendapat campur tangan asing bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah perbuatan khianat, dakwa pemimpin MCA.

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Ti Lian Ker berkata cadangan Mahathir seperti yang dilaporkan dalam The Australian semalam adalah "teruk dan sama seperti pengkhianatan".

"Saya percaya ramai, walaupun di antara pembangkang akan tidak bersetuju dengan telatah terbarunya menjemput campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negara.

"Tidak ada justifikasi untuk menjemput campur tangan asing atau menyerahkan kedaulatan negara dan pemerintahan sendiri kepada negara asing," kata Ti dalam satu kenyataan hari ini.

Mahathir sebelum ini mengisytiharkan 'perang terbuka' terhadap penggantinya Najib dan bergabung dengan pembangkang serta masyarakat sivil dalam Deklarasi Rakyat bagi menggesa perdana menteri meletakkan jawatan berhubung dakwaan skandal yang dihadapinya.

Semalam dalam temu bual bersama akhbar harian Australia memberitahu bahawa campur tangan asing adalah satu-satunya jalan yang tinggal untuk menyelamatkan negara ini kerana tiada pilihan lain.

Tiada ulasan: