Sabtu, 16 April 2016

Masjid terbakar 10 minit sebelum azan

Masjid terbakar 10 minit sebelum azan


PARIT - Masjid Al-Attar Layang-Layang Kanan di sini musnah dalam satu kebakaran petang tadi.

Perkara itu disedari oleh bilal masjid berkenaan, Azahari Ahmad Hasan ketika dia mahu membuat persiapan untuk azan Asar.

Menurut Ketua Imam masjid berkenaan, Muhamad Zamri Saud, kejadian itu berlaku lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu Asar.

"Bilal berkenaan baru sahaja tiba di Masjid untuk membuat persiapan untuk azan Asar.

"Apabila masuk ke dalam masjid, dia terkejut melihat asap berkepul-kepul di bahagian bilik imam.

"Dia segera menefon pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,"katanya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 4.30 petang.

Katanya, api cepat merebak sehingga memusnahkan keseluruhan masjid.

"API begitu cepat merebak dan keseluruhan masjid musnah sekelip mata.

"Kami rasa sedih dengan kejadian ini namun reda menerima ketentuannya," katanya.

Sementara itu, jurucakap pasukan bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.12 petang.

Menurutnya, masjid itu musnah 90 peratus di bahagian ruangan solat.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya.


Tiada ulasan: