Selasa, 5 April 2016

Mara akan terus wujud jika Pakatan Harapan berkuasa, kata Nik Nazmi

Nik Nazmi berkata Kami jamin Mara akan terus wujud sekiranya Pakatan Harapan berkuasa.Nik Nazmi berkata Kami jamin Mara akan terus wujud sekiranya Pakatan Harapan berkuasa.Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan berkubur sekiranya Pakatan Harapan berkuasa, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam berhubung Mara yang dikatakan akan terkubur sekiranya Umno tidak lagi memegang pemerintahan negara,
adalah tidak bertanggungjawab dan mencerminkan betapa terdesaknya parti itu mahu meraih sokongan setelah pemimpinnya terpalit dengan pelbagai skandal rasuah.

“Pelbagai isu dan skandal yang berbangkit baru-baru ini berkenaan Mara berpalit dengan Umno sendiri.

“Kami jamin Mara akan terus wujud sekiranya Pakatan Harapan berkuasa. Malah, kami akan memperbaiki agensi kerajaan itu agar ia mencapai matlamat sebenarnya dalam membela kebajikan masyarakat Bumiputera,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam apabila menyatakan Mara akan terkubur sekiranya Umno tidak lagi memegang pemerintahan negara.

Najib berkata, kekuasaan Umno selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia berkata, rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan kenyataan Najib itu.

"Sekiranya Umno dan negara ditadbir oleh pemimpin negara yang rakus, Mara tidak akan maju.

“Apa yang berlaku sekarang kepada MARA sudah menyimpang daripada matlamat ini. Kebajikan golongan yang memerlukan sudah tidak lagi dibela, malah, Mara digunakan untuk kepentingan beberapa individu sahaja.

“Kita juga dapat lihat sekarang ini dengan tadbir urus kewangan negara yang semakin teruk, Mara juga yang menjadi mangsa. Bukan sahaja biasiswa pelajaran dikurangkan, malah, UiTM juga merupakan antara IPTA yang paling banyak dikurangkan peruntukkannya,” katanya.

Tiada ulasan: